Friday, December 6, 2013

JOM KITA KENALPASTI JENIS GEMUK


Ramai antara kira yang sudah mencuba menurunkan berat badan dengan mengamalkan pelbagai produk, teknik berdiet dan senaman tetapi kesan yang dapat sangat berbeza-beza.

Adakah produk/teknik diet dan senaman yang anda lakukan tidak berkesan?

Okay, jom kita kaji jenis lemak yang ada pada tubuh kerana ia sangat mempengaruhi cepat/lambatnya tindakbalas tubuh apabila anda sedang menjalankan program pelangsingan.



Ada cara untuk mengenalpastinya:


Gemuk air 

( gemuk air paling cepat berkesan jika mengambil program kuruskan badan )

> Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan 

> Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
Bahu agak jatuh apabila berdiri 

> Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh

> Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.


                                                                             Gemuk Air

Gemuk angin
(Tempoh waktu sederhana apabila menjalani program pelangsingan)

> Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut

> Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu per


Gemuk Angin



Gemuk daging

(Paling lambat kesan apabila menjalani program pelangsingan, perlu amalkan secara konsisten)

> Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan



> Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi

Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)



> Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging



> Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang



> Namun begitu proses perpeluhan yang aktif dapat membantu membuang sebahagian lemak-lemak degil ini, dan sebaiknya mengikut diet yang sesuai dan aktiviti senaman lebih sedikit berbanding gemuk jenis air dan angin.

                                                                        Gemuk Daging

fakta menarik !







Masalah Usus 



JAGA KESIHATAN USUS ANDA, USUS ANDA

Ramai dalam kalangan kita mengambil jalan singkat untuk mencantikkan kulit yang berjerawat dan ingin menguruskan badan dengan membeli krim-krim kecantikan dan pil-pil menguruskan badan tetapi selepas 3 bulan, 6 bulan, setahun, masih juga tidak menampakkan kesan. Alangkah kecewanya perasaan kita ketika itukan?

Bila barangan yang diambil itu tidak menampakkan kesan, maka terimalah kenyataan bahawa badan kita mengandungi banyak TOKSIN dan USUS BESAR kita juga KOTOR sehingga tidak berlakunya PENYERAPAN khasiat daripada makanan kesihatan yang kita ambil ke dalam sel-sel di dalam tubuh badan kita. Oleh itu, jika anda inginkan kecantikan yang semulajadi maka, anda seharusnya menjaga kesihatan terlebih dahulu. Bagaimana menjaga kesihatan? Pastikan usus besar anda bersih! Alah, setakat usus! Ada apa dengan usus kita?


Tahukah anda BARAH USUS sudah diramalkan mengambil alih penyakit jantung sebagai pembunuh pertama pada abad ke 21? Adalah sesuatu yang bijaksana untuk kita memberi perhatian terhadap kesihatan usus besar kita untuk mencegah penyakit yang membawa maut ini. Sebelum kita memulakan penjagaan kebersihan usus besar, kita perlu mempunyai pengetahuan tentang saluran pencernaan iaitu termasuk USUS KECIL dan KOLON atau USUS BESAR. Jika sisa buangan dibenarkan berkumpul di dalam usus kita dan terbiar MELEKAT PADA DINDING USUS dalam suatu tempoh tertentu, ia akan menghasilkan bahan yang berbahaya. Ini akhirnya akan diserap ke dalam saluran darah menyebabkan KEGAGALAN FUNGSI HATI dan menjejaskan sistem metabolik tubuh. Keadaan ini dikenali sebagai KOPROSTASIS atau nama glamournya tanda awal SEMBELIT!!- faktor asas yang menjadi punca kepada beberapa jenis PENYAKIT KRONIK. Sebaik saja KOPRORASIS dibenarkan terbentuk, seperti karat yang di degil di atas sehelai kain, ia amat sukar ditanggalkan. Perkara terpenting kepada pesoalan di sini ialah pencegahan.





Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.





FAKTA TENTANG KOLON ATAU USUS BESAR

1. Usus dihuni oleh bakteria baik dan jahat/ perosak
2. Usus dihuni oleh lebih daripada 100 jenis bakteria dan jumlah keseluruhannya ialah sebanyak 100 trilion.
3. Jumlah ini mewakili 20,000 kali ganda penduduk di planet bumi. (Subhanallah, hebatnya penciptaan manusia!)
4. Usus yang sihat, nisbah ideal bagi bakteria baik kepada bakteria jahat ialah 80:20 tetapi malangnya amat sukar dicapai berikutan pelbagai faktor persekitaran negatif.
5. Secara amnya, bakteria JAHAT jauh MENGATASI bakteria yang BAIK.


TANDA-TANDA MASALAH USUS

Bagaimana kita mengetahui bahawa usus kita tidak sesak dan berada dalam keadaan seimbang? Cara yang palin mudah untuk mengetahui pergerakan kumbahan kita adalah dengan memeriksa keadaan najis:

1. Warna dan bau – Warna lebih gelap dengan bau yang tidak tertahan, menunjukkan keadaan paling buruk
2. Bentuk – Bentuk pisang dengan ukuran 3 sentimeter lebar dan 6 sentimeter panjang dianggap ideal
3. Kekerasan – Ketidakupayaan mengekalkan bentuk adalah tanda usus besar tidak sihat (sembelit dan selalu cirit birit)
4. Tempoh masa – Tidak terlalu lama di dalam tandas ( ini 5 minit meneran tak keluar-keluar jugak). Masa yang ideal ialah 2-3 MINIT sahaja.
5. Jumlah – Berat bahan buangan adalah lebih kurang 1 KG. Najis yang tenggelam menandakan usus tidak sihat dan najis yang terapung menunjukkan perut yang sihat.


TANDA LAIN BAGI MASALAH USUS

1. MASALAH KULIT DAN BERJERAWAT
2. NAFAS BERBAU (takkan selalu nak guna listerine aje!)
3. PERUT BUNCIT
4. SAKIT BAHU
5. LETIH KETERLALUAN
6. SEMBELIT ( tipulah ni kalau tak pernah sembelit)
7. KERAP SAKIT KEPALA
Sekiranya anda mengalami petanda2 yang anda mempunyai masalah usus, jangan ambil mudah. Segera la cari penyelesaian.



Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:



   1. Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
   2. Sembelit atau cirit-birit yang kerap
   3. Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
   4. Kuku dan rambut yang rapuh
   5. Badan dan nafas berbau
   6. Sering sakit kepala
   7. Sakit leher , bahu , sendi dan otot
   8. Peredaran darah yang lemah รข€“ tangan atau kaki sejuk
   9. Imsomnia atau masalah tidur
  10. Meradang dan kemurungan
  11. Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
  12. Berat badan dan pembendungan air dalam badan
  13. Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
  14. Alergi dan pengidaman makanan
  15. Peningkatan tekanan darah
  16. Kurang tenaga syahwat.


Apa yang anda dapat jangkakan dari program mennyahtoksik yang baik

   1. Kesihatan keseluruhan yang lebih baik & rasa lebih bertenaga dan cergas
   2. Daya ketahanan badan yang lebih kuat
   3. Fungsi penghadaman yang lebih baik & kurang angin dan senak
   4. Pembuangan air besar yang kerap
   5. Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
   6. Kulit yang lebih cerah dan sihat
   7. Badan yang lebih langsing
   8. Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana ianya berada di mana-mana sahaja. Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar, antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bakteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran. Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.

Usus bermasalah mengundang penyakit usus kita
Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana usus toksin menjejas kesihatan kita ?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.

Kelebihan pembersihan usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.



No comments:

Post a Comment